Kisah Kejayaan Selepas Kursus

 


Kisah 1

Puan Kamariah  adalah peserta kursus Jahitan  dari Sg Buloh telah berjaya mengeluarkan alatan jahitan yang sangat unik iaitu “Tali Tape Cerdik (TTC)”. Beliau mendapat idea ini setelah menghadiri kursus jahitan dan melukis pola pakaian.

Setelah dibantu penciptaan jenama dan teknik pemasaran digital, beliau telah berjaya menjual 200 unit TTC dalam 1 minggu (RM 17 x 200) dan sedang menunggu stok kedua – 300 unit dari USA

Kini beliau dibantu untuk wujudkan 30 dropship. Ilmu jahitan telah membuka mata beliau tentang peluang perniagaan.

 


Kisah 2

En Azmi dari Kampung Kemensah, Ampang telah menukarkan kedai jualan burger beliau menjadi kiosk memperbaiki  kasut sebagai perniagaan baru beliau. Pelanggan beliau adalah dari komuniti kampung tersebut dan juga dari luar kampung.

 


Kisah 3

Kombinasi kemahiran ibu dan anak iaitu Puan Noratika & Che Nabilah, peserta kursus Mengurut & Penjagaan Ibu Selepas Bersalin mampu meraih pendapatan lebih RM15,000 sebulan dengan melakukan perniagaan bersama secara mobile dan sekarang ini sedang membina sebuag spa sendiri berhampiran rumah mereka di Kg Bukit Hijau, Jeram.

 


 

Kisah 4

Encik Abid dari Sabak Bernama berusia 22 tahun adalah peserta kursus Repair Handphone kami. Setelah kursus beliau Bersama kawan nya terus membuka sebuah kedai repair handphone & menjual aksesori handphone. Setelah 6 bulan berniaga, pendapatan beliiau telah meningkat ke lima angka sebulan. Satu pencapaian yang hebat oleh seorang anak muda yang berwawasan dan bercita cita tinggi untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

 


Kisah 5 

Puan Syazalita adalah peserta kursus Mengurut & Penjagaan Ibu Selepas Bersalin. Selepas kursus beliau terus mempraktikkan kemahiran beliau dengan memberi perkhidmatan mengurut kepada 30 orang secara percuma sebagai cara beliau untuk mengasah kemahiran beliau. Sekarang ini setelah bergerak secara mobile selama 6 bulan, beliau telah mampu meraih pendapatan lima angka sebulan dengan limpahan pelanggan dari luar kawasan juga. Dan sekarang ini sedang menunggu spa sendiri beliau untuk siap dibina.