PERHATIAN WARGA KAMPUNG TRADISI!

Ingin Dibimbing Menjadi Usahawan yang Berjaya?

Jangan ketinggalan !

PERHATIAN WARGA KAMPUNG & DESA

Kursus Kemahiran Percuma Untuk Komuniti Kampung Tradisi

Dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik covid-19 dan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, sukacita dimaklumkan iaitu Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Dewan Usahawan Industri Desa Selangor (DUID) akan melancarkan satu program Latihan Kemahiran sebagai salah satu program pemantapan ekonomi Kampung Tradisi di Selangor bertujuan untuk melatih dan membimbing peserta di mana selepas kursus tersebut, mereka mampu mempunyai perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan mereka.

Program pemantapan ekonomi komuniti Kampung Tradisi ini merupakan satu inisiatif oleh Yang Berhormat Tuan Hj Borhan bin Aman Shah, Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor bertujuan untuk merancakkan ekonomi Kampung Tradisi di Selangor dengan mempelbagaikan kegiatan perniagaan setempat dalam komuniti tersebut, meningkatkan pendapatan penduduk di samping mewujudkan nilai keempunyaan penduduk bagi sesuatu  Kampung Tradisi. Ia nya juga sebagai satu kaedah pembangunan modal insan untuk membentuk komuniti mereka sebagai komuniti yang berwawasan, berdaya saing dan produktif.

Dalam program Latihan Kemahiran ini, peserta akan dilatih sehingga berjaya bergelar usahawan dengan kemahiran dalam beberapa bidang untuk dijadikan sebagai satu produk perniagaan yang akan menghasilkan pendapatan untuk diri dan keluarga mereka. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mempergiatkan lagi usaha usaha pembangunan ekonomi Kampung Tradisi khasnya dalam negeri Selangor.

Apakah manfaat yang bakal diperolehi oleh anda sebagai peserta program?

Anda akan diajar, dilatih & dibimbing dalam jenis kemahiran yang boleh dikomersialkan dalam bentuk produk atau perkidmatan sebagai sumber pendapatan yang mempunyai potensi pasaran yang besar
Anda berpeluang membangun dan membina sebuah perniagaan yang berstruktur dan berdaya saing yang berkemampuan untuk berkembang dan boleh diwarisi
Kami akan memantau & membimbing perniagaan peserta peserta supaya perniagaan mereka bergerak dan mampu menjana pendapatan setiap bulan

Kami berazam melahirkan ‘Kisah Kejayaan’ di kalangan peserta yang terlibat dan memberi bantuan dari segi dana untuk mengembangkan perniagan mereka samada dengan cara membuka cawangan atau sistem ejen atau francais

Meraikan peserta yang berjaya menampakkan peningkatan pendapatan dengan memberi penghargaan dalam Majlis Anugerah Usahawan Desa Cemerlang Selangor serta insentif-insentif yg menarik dari Kerajaan Selangor

Ringkasan Modul Modul Kursus

Kursus Asas Baikpulih & Penyelenggaraan Kasut & Beg (5 Hari)

– Mengenal Peralatan Membaiki Kasut & Beg
– Teknik Menggunakan Peralatan
– Teknik Asas Membaiki Kasut & Beg Yang Betul
– Teknik Penjagaan Kasut & Beg
– Mengenal Masalah-Masalah Berkaitan Kasut & Beg
– Parktikal Membaiki Kasut & beg
– Pengurusan Perniagaan Kedai Membaiki Kasut & Beg

Kursus Gunting Rambut Lelaki (BARBERING) From Zero To Hero

  • Bagi yang ingin memulakan perniagaan tapi masih berfikir bisnes apa yang mempunyai potensi untuk diceburi, membuka kedai gunting rambut untuk lelaki adalah satu usaha yang tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi namun memberi pendapatan berulang kali. Bukan itu saja, bisnes Barbering ini juga agak kurang dikalangan kaum bumiputera dan lebih dimonopoli oleh kaum lain. Potensi bisnes Barbering ini besar terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tidak mudah untuk ke bandar seperti di kawasan desa dan kampung.
  • Untuk mendapatkan pulangan pelbagai, usahawan boleh pelbagaikan perkhidmatan yang disediakan. Bukan setakat gunting, shampoo dan blow dry saja, tapi mereka juga boleh menambah perkhidmatan yang ditawarkan seperti bercukur, hair-dye, hair tattoo, rebonding/perm.
  • Kursus Barbering yang ditawarkan akan melatih peserta dengan kemahiran menggunting dengan trend yang popular hari ni terutama nya di kalangan remaja dan golongan muda. Kursus in juga mengandungi modul lengkap dengan teknik yang tepat & padat dari pengajar yang berpengalaman dalam bidang barbering ini di dalam dan luar negara sebagai seorang Barber. Para peserta juga akan mendapat sijil tauliah dan peralatan percuma yang boleh dibawa balik setelah tamat kursus dan terus memulakan perniagaan dengan bimbingan yang akan diberikan oleh pihak penganjur selama 6 bulan.

Kursus Asas Mengurut & Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Post Natal) Mengikut Adab Melayu (3 Hari)

Objektif Kursus:

  • Melatih peserta menambah kemahiran diri
  • Melahirkan peserta yang bermotivasi tinggi dalam bidang kemahiran.
  • Kemahiran yang diasuh menjadi kerjaya dan peserta boleh memulakan perniagaan.
  • Membantu para ibu selepas bersalin mendapat penjagaan ketika dalam pantang dengan lebih baik dan sihat

“Walaupun zero knowledge, selepas kursus terus boleh jana pendapatan”

  • Pn Syazalita Isnin, Peserta Mengurut & Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

“Kursus ini menyediakan peluang pendapatan yang wajib diambil sebagai sebuah perniagaan yang sememang nya menjanjikan pendapatan yang berterusan”

En SH Azmi Jumaat, Peserta Membaikpulih Kasut

“Imu teknikal membaikpulih handphone yang palin top dari Trainer yang pakar serta cara mengajar yang mudah difahami & memang amat berbaloi”

En Abid Izzudin, 22 tahun, Peserta Membaikpulih Handphone

"Kursus ini sangat bagus dan kini sya sudah boleh membuka kedai saloon saya sendiri. terima kasih"

– Fatimah Ahmad

Tenaga Pengajar yang berpengalaman. Mudah faham dan mudah untuk dipraktikan.

Safwan Razak

Saya bertuah dapat belajar kemahiran baikpulih telefon bimbit ni sebab dah belajar baru tahu keuntungan dalam perniagaan ini sebenarnya berlipat kali ganda!

Borhan

Terma & Syarat

  1. Terbuka kepada semua rakyat negeri Selangor sahaja lelaki dan wanita yang bermastautin di Kampung Tradisi. (Kursus Mengurut Post Natal khas hanya untuk wanita sahaja)
  2. Berumur antara 17 tahun sehingga 45 tahun
  3. Mempunyai semangat dan komitmen untuk mempunyai perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan
  4. Mempunyai kemahuan yang kuat untuk dilatih dan dibimbing sehingga berjaya mengikut modul yang telah ditetapkan
  5. Mampu meluangkan masa dan mempunyai komitment untuk hadir kursus kursus tersebut tanpa apa apa gangguan luar
  6. Berfikiran terbuka dan suka kepada cabaran
  7. Bersemangat untuk berniaga selepas kursus dan menjadi calon Anugerah Usahawan Desa Cemerlang Selangor dengan pemberian beberapa insentif yang menarik dari Kerajaan Selangor

Jangan segan untuk bertanya.
Pegawai-pegawai kami sentiasa menunggu panggilan anda…

Tarikh tutup penyertaan
11 November 2022